Sunday, April 20, 2014

Galapagos, pulau keajaiban khatulistiwa

1. kita sedia maklum, negara malaysia terletak di garisan khatulistiwa. cuaca panas dan lembab menjadi habitat bagi berjuta2 flora dan fauna. pokok2 malar hijau serta burung2 yang bermacam2..

2. tapi kita kurang terdedah dgn negara2 lain d amerika selatan yang juga terletak di khatulistiwa dan identik dgn cuaca negara kita.


kepulauan galapagos termasuk dalam negara ecuador


kedudukan pulau galapagos

3. saya bermula dgn melihat melalui TV, siaran astro National geographic. program berkenaan sebuah pulau d amerika selatan, iaitu pulau Galapagos. dimana terdapat spesis kura2 terbesar didunia didapati disana. dengan sedikit research, dapatlah saya fahami galapago adalah bahasa latin yang berartikan kura2 dan pulau itu dinamakan sedemikian atas penemuan itu.

4. pulau galapagos ini sgt terkenal, lebih2 disana adalah menjadi tapak penyelididkan alhi biology terkenal, Charles Darwin, yang juga bapa kepada teori kontroversi, evolusi.


teori evolusi, manusia berasal dari monyet



5. antara keajaiban pulau ini, terdapat spesis penguin yang tinggal d kepulauan ini. sgt ajaib kerana spt kita maklum, penguin hanya tinggal d tmpat sejuk atau kata lain kutub. bayang kan kita d malaysia, berjalan2 d pantai cahaya bulan misalnya, waktu senja, ditemani oleh penguin2. agak pelik tapi berlaku d galapagos.


seorang pelancong bermain dgn penguin, bayangkan keadaan ini d malaysia. pasti penuh instagram

6. tidak kurang juga burung2 yang jinak2 belaka. tidak lari bila didekati. sangat mesra.

 burung blue-footed booby yang x takutkan manusia. ia meneruskan aktiviti meskipun kita ada di samping mereka

7. saya rasa kita semua tahu akan iguana. binatang yang berada d padang pasir menjadi belaan peminat2 reptilia dgn bentuk badannya yang unik mcm dinosour sngt menarik. tp tahukan anda semua, d kepualauan galapagos, ia bukan d pasir, akan tetapi d pantai. berjemur mengadap matahari sambil memanaskan badan yang berdarah sejuk. bila lapar mereka bukan ke hutan atau d darat, tetapi di dalam lautan memakan rumpai. sangat jauh beza dgn iguana yang kita kenal.


iguana marin. antara hidupan menjadi tanda tanya para saintis

8. statistik menunjukkan kura2 galapagos adalah yang terbesar d dunia. dimana, mampu ditunggangi manusia, walaupun perbuatan itu dikira unethical...hhe. dgn kadar metabolism yang perlahan, kura2 ini mampu hidup berpuluh, malah seratus lebih tahun.


kura2 galapagos. bandingkan dgn kura2 malaysia. jauh bukan


9. selain itu terdapat berpuluh2 lagi keindahan dan keajaiban d pulau ini. menjadi aset tarikan pelancong dan saintis2 seluruh dunia. 


anjing laut turut menjadi keajaiban pulau khatulistiwa ini


siap boleh tidur lg :)

semoga memberi info yang bermanafaat :)

Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends