Sunday, April 20, 2014

Membentuk hidup yang berjaya

Alhamdulillah baru habis mentelaah buku ART OF INFLUENCE daripada chris widener.


 bukunya agak ringkas, dengan bahasa yang agak mudah untuk difahami dan yang paling penting memberi impak yang sangat positif jika anda seorang yang berada dalam jangka memilih atau baru masuk dalam alam perkerjaan. berpaksikan motivasi, buku ini mengajar kita bagaimana untuk berjaya bermula dgn diri kita sendiri.

 i would like to share sedikit sebanyak pengajaran darpd buku ini semoga bermanfaat :)

1. buku ini menceritakan mengenai seorang pelajar yang baru grad, Marcus. pada suatu majlis keluarga, dia menerima hadiah daripada neneknya berbentuk business card salah seorang lelaki paling kaya di amerika syarikat iaitu Bobby Gold yang merupakan anak jagaannya satu ketika dahulu. neneknya menyusun satu pertemuan dgn bobby agar dapat memberi sedikit sebanyak rahsia kejayaannya kepada Marcus. hadiah ini memberikan Marcus satu kegembiraan yang x terhingga kerana sebagai  bekas graduan perniagaan, detik2 sebegini adalah "pure gold" baginya.

2. ringkasan pengajaran daripada Bobby gold yang dinamakan "the four golden rules".


LIVE A LIFE WITH UNDIVIDED INTEGRITY 
ALWAYS DEMONSTRATE A POSITIVE ATTITUDE
CONSIDER OTHER PEOPLES INTEREST AS MORE IMPORTANT THAN YOUR OWN
 DON'T SETTLE ANYTHING LESS THAN EXELLENCE


3. LIVE A LIFE WITH UNDIVIDED INTEGRITY
orang tua slalu berpesan, jadilah orang jujur meskipun dimana kita berada. kenyataan ini sedikit sebanyak bersangkut paut dengan kenyataan diatas. diamana, seorang wakil syarikat menipu tentang tarikh penghataran barang. dihantarnya lambat, diberitahunya telah dihantar tepat pada masanya. dalam buku ini, watak bobby mengajar Marcus untuk berlaku jujur dalam setiap urusan. dalam bisnes mmg slalu terdapat org yg tidak jujur. selalulah berhati2 dgn org yg seperti ini, kerana bila menjadi rakan kerja, ketidak jujuran mereka akan memakan kita. 
walaupun bersikap jujur ini tampak lemah tapi, dalam urusan perniagaan, kejujuran adalah emas.

4. ALWAYS DEMONSTRATE A POSITIVE ATTITUDE
jadilah seorang yang besifat positif disertai dgn sikap optimis. Rasulullah sendiri dalam mafhum hadisnya "sekiranya ditanganmu ada benih kurma maka kamu tahu esok adalah hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jaganlah kiamat berlaku tanpa kamu menanm benih tersebut ". hadis ini mengajar kita supaya bersifat optimis dan menghabiskan kerja meskipun kita mendengar berita buruk yang akan mendatang.
kita sering mengatakan " mengapa ini berlaku atas aku?!". ayat ini sangat popular bukan? dlm movie dan sebagainya. ini adalah bentuk2 negatif yg patut kita ubah. seorang optimmis akan berkata " apakah kebaikan yang kita akan peroleh daripada semua permasalahan ini? ". masyarakat memerlukan sifat pemikiran spt ini kerana memberi kita cahaya dan harapan untuk maju kedepan.
optimis : berasal dari perkataan opt. atau dari kata lain pilihan. menyentuh daripada sifat optimis ini, memberi kita gambaran akan setiap masalah yang berlaku, mesti ada pilihan yang kita ada untuk terus kedepan.

5.CONSIDER OTHER PEOPLES INTEREST AS MORE IMPORTANT THAN YOUR OWN
setiap insan memiliki masalah. tipu kalau tiada. even ikan paus pon ada masalah. anjimg pon ada masalah. kalau di xda masalah, siapa yang menggonggong? hehe. 
namun sangat sukar untuk dinihari kita bertemu dengan seorang yang kita panggil sebagai " good listner ". manusia sering sibuk menguruskan diri sendiri sehingga xda masa untuk mengambil kesah ttg masyarakat sekeliling. oleh itu, bobby menasihati marcus untuk seringlah bertemu dgn orang lain, bertanya khabar, mendengar tentang hidup mereka, berkongsi rasa, dan membina satu silaturahmi dengan mereka.
mereka akan menyukai anda, dan dalam bisnes, ini akan meningkatkan network.

6.DON'T SETTLE ANYTHING LESS THAN EXELLENCE
apakah itu exellence? kalau d ikutkan mmg banyak erti kata lain dan ianya subjektif bagi setiap org. penulis, menggambarkan melalui buku ini bahawa exellence itu adalah :-

a) penampilan fizikal. mmg org kita terutama melayu, acap kali berkata " alaaa, biar buruk2 takut nak menunjuk2". mmg benar, tetapi kurang tepat. kita dalam mana2 agama sekalipon, mengajar untuk kemas dan sedap mata memandang. dari segi pandangan profesional, mmg kita kena segak dari segi pemakaian. sering kali kita melihat interview. interviewer akan menilai pertama sekali adalah penampilan luaran atau fizikal terlebih dahulu bukan?. manusia mmg kan menilai. sebelum menilai dalam, patinya luaran akan di nilai. luar tidak ok, bagaimanakah dalamnya?

b)emosi yang sihat. sibuk dengan kerja yang berlambak? ambillah cuti atau berkelah bersama keluarga. take time to recharge!.

c)penambahan intelektual. manusia yg terbaik adalah manusia yg hari ini lebih baik dari hari semalam. ilmu mesti ditambah. jangan biarkan masa berlalu tanpa penambahan ilmu. dalam bisness, ilmu adalah pelaburan.

d)ketinggian spiritual. manusia adalah makhluk spiritual. dari zaman berzaman mmg manusia sering bergantung dgn kuasa tuhan dan ia adalah fitrah. kedalaman spiritual memberikan kita keyakinan yg mapan untuk gigih dan mampu mengepalai sesuatu urusan.

e)hubungan silaturrahim. walauapapun urusan, bagaimanapun sibuk, kekal kan hubungan dgn sesiapa pn. rakan2 lama dan terutama sekali famili. biarpun kerja banyak, pastikan pulang untuk dinner bersama yang ter sayang. famili juga adalah pelaburan, kerana mereka adalah supporting system dalam hidup kita. kalu bukan mereka, siapalah kita.

f)keewangan yang stabil. ukur baju di badan sendiri. zaman skg mmg trend materialistic semakin terserlah. 70% duit gaji dibelanjakan keatas kereta mewah mahupun rumah mewah. bersederhanalah, kerana bersederhana itu amalan rasulullah. gunakanlah duit baki bersama famili, barbeku bersama, melancong dan kenduri bersama sanak saudara. jika masih bujang, rebutlah masa itu untuk menghadapi keewangan masa berkahwin nanti. jgn sampai nnti pinjam mak ayah nak kawen :)

g) bersedekah. tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima. sering kali kita melihat syarikat2 besar memberi biasiswa kepada pelajar2 cemerlang. disamping membantu ianya adalah pelaburan syarikat itu untuk mendapat pelapis2 baru serta publisiti. cuba kita aplikasikan kedalam hidup individu. dgn bersedekah, ianya akan membantu dan memberi ketenangan kps kita selain akan mendapat bantuan jika kita sussah kelak. budi yang baik di balak baik :)

tidak di nafikan hidup adalah sukar. tapi pendapat ini adalah kurang tepat. ayat yang betul adalah, hudup adalah sukar namun boleh jdai mudah jika tahu formulanya. jadilah seperti org jepun yang membudayakan mencari formula dalam memudahkan hidup dan menyelesaikan masalah daripada membuktikan dogma semata2.



Chris widener is the founder and  president of Made for Success, one of the worlds leading personal-development companies. A sought-after speaker, he is also a coach to CEOs, sales professionals, and top political figures. Chris is columnist for Success magazine an cohosts the TV show True Performance with Zag Ziglar. Chris and his family live in Issaquah, Washington.

              



Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends