Wednesday, February 8, 2012

mendung beradu- dimanakah kepercayaan itu


setiap jalan hidup yg kita akan lalui pasti akan ada susah yg akan menguji. tidak kita perkara itu sukar ataupun senang, ia bergantung pada kita samada untuk melalui dengan tenang atau tergopoh gapah. mungkin tidak ramai antara kita yg tahu dimanakah terletaknya kekuatan diri seseorang itu. mungkin pada tenaga, teknik berdebat, ketangkasan, kebijaksanaan mahupun kemahiran. tidak satupun daripada itu mampu menandingi kekuatan kepercayaan dan keyakinan dimana dari sekian lama menjadi tunggak kejayaan bagi sesetengah kumpulan org.

oleh itu, seberapa jauh kita menyusuri jalan hidup seseorang, hormati la ia, pegang dan genggamlah kepercayaan yg telah diberi. jangan biarkan perkara @ masalah yg kecil membuatkan kita lupa kepada perkara2 besar yg telah orang lakukan keatas diri kita. lakukan dengan ikhlas dan berhemat. elakkan perasaaan mempengaruhi dalam kita membuat keputusan. Berfikirlah secara matang dan waras dimana kita akan menemui konklusi yg terbaik.

mungkin ada sesetengah mengambil jalan mudah dengan melafazkan janji utuk keluar dari kebuntuan dan sering mengambil jalan untuk meminta maaf pada kesalahan yg dibuat berulang2 kali meskipun telah berjanji tidak akan mengulangi semula.

INGATLAH BAHAWA, TIDAK BANYAK KEMAAFAN UNTUK ORANG SANGGUP BERI KEPADA DIRI KITA. AMBILLAH PENGAJARAN SEMENTARA MASIH BERKESEMPATAN. :)

PESANAN KEPADA JIWA2 YG HAUSKAN PERTENGKARAN DAN SERING MENIMBULKAN KETEGANGAN.






Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends