Wednesday, July 27, 2011

Cinta yg sama tak menjanjikan hasil yg sama

ini bukan entry jiwang...tp ia berkaitan dengan cerita benar yg berlaku semasa persekolahan aku dahulu. bagi sesiapa yg x suka cerita2 ala2 jiwang...anda boleh shuhh!! kah kah..

nak dipendekkan cerita, cerita ini berlaku 8 tahun yg lalu, ketika aku masih bersekolah menengah...

"nama aku syamsul (bukan nama sebenar), aku bersekolah disatu sekolah berhampiran dengan kampung ku, aku tinggal di asrama bersama kawan aku yg bernama Aiman (bkn nama sebenar)..tiap hari kami pergi ke sekolah bersama2. kami belajar di kelas yg sama. kami sngt rapat, sampaikan ada ssetangh org kata yg kami ini adik beradik. tiap kali kelas habis, kami akan prep bersama. Aku adalah peminat bola sepak dari kecik lagi, dan Aiman jugak sama seperti aku. Tiap petang kami akan pergi padang untuk bermain bola sepak..

keakraban kami mmg kuat, sampailah satu hati seorang pompuan mengisi ruang antara keakraban kami berdua. Namanya Aisha, seorang pelajar bijak dari kelas atas. dia sngt cantik dan lembut kelakuannya. tiap kali hari anugerah kecemerlang, Aisha pasti mendapat tempat dan kdg2 sampai 4 @ 5 kali naik pentas untuk menerima anugerah. dia turut aktif bersukan sama spt kitorang. Dia turut terer memasak. tiap kali sekolah mengadakan majlis, dia slalu menawarkan diri. Pernah sekali aku terjatuh dari kayak dan kakiku luka kerana terhantuk batu tajam. tym tu skolah mengadakan kem di satu resort pelancongan. pada ketika itu, aku hampir tidak mampu berjalan. oleh kerana aktiviti berkayak tersebut mesti dijalankan spt biasa, jadi aku ditinggalkan oleh pelajar lain sementara bantuan dtg. utk memudahkan keadaan, cikgu yg bertugas mengarahkan Aisha untuk menemani aku. huh!..aku mmg bernasib baik..yeay!..pada kesempatan yg aku ada, aku cuba utk berkenalan dgn Aisha sedalam2 yg mgkin. kami bercerita tentang keluarga, zaman sekolah rendah dan masalah2 pembelajaran. Dari saat itu, aku dan Aisha semakin akrab. Tiap kali ada aktiviti mencabar seperti "high rope". pasti kedengaran suara Aisha menjerit untuk memberi semangat padaku...Ahh...hari2 ku bersemangat bila dia ada..

satu hari, sekolah mengadakan hari koperasi sekolah, dan salah satu drpada aktivitinya adalah memasak. Sekolah membentuk satu ajk ubtuk memasak makanan yg special untuk satu skolah. Yg pastinya, Aisha menambil tempat. Aku tidak mahu terlepas peluang ini, jd aku meminta Aiman sekali untuk menemani aku sepanjang ajk melakukan kerja. Aktiviti masak-masak itu berlanjutan sampailah tengh malam, aku dan Aiman adalah org paling rajin menggerakkan ajk. satu ketika, semasa aku dan Aiman tengh menggaul daging2 kat kawah, Aisha dtg kpd kitorang. Aku pun memperlawa Aisha untuk join dtg kitorang. Aku memperkenalkan Aiman kepaa Aisha. Dari titik itu, membawa perubahan antara Aku dan Aisha. Aiman dan Aisha mula berborak memperkenalkan diri. semakin lama mereka bersembang, semakin aku rasa tersisih. Aiman yg sememangnya suka berlawak dan Aisha yg suka mendegar lawak. Arghh...aku merasa terancam..tp tiap kali aku berfikir lelaki itu adalah Aiman, membuatkan aku rasa lega sedikit sb, aku anggap Aiman tidak akan mengkhianati aku.

satu ketika, semasa aku dan ajk2 lain tengh mengemaskan barang untuk diletakkan di stor..Aisha mendatangi aku..Aku tidak sngka yg dia begitu nekad untuk melepaskan rasa hatinya kepadaku..aku merasakan dia serius ketika itu...aku hanya terdiam dan membiarkan Aisha berlalu pergi setelah memberi kata2 cinta. aku tidak memanggilnya kembali untuk meminta kepastian, sb aku rasa pasti ia malu untuk dtg kembali.

Aku mulai berasa segan dan malu bila melihat kelibat Aisha. Bila dia ada, aku akan malu tersipu2 dan bercakap merapu. bagi aku ini perkara biasa berlaku bila baru start menyukai seseorang.

Selama hampir sebulan aku langsung tidak bercakap dgn Aisha. sehinggalah satu hari. ketika malam prep. pada masa itu semua pelajar tengh sibuk untuk balik ke bilik masing2. Aku menuliskan sepucuk surat berniat untuk membalas isi hati Aisha yg ia luahkan dahulu. dalam surat itu aku sertakan dengan luahan isi hati aku yg disimpan lama. surat itu tidak bernama dan aku yakin Aisha tahu bahawa aku adalah pengirimnya.

pada ketika aku hendak meletakkan surat ke laci meja Aisha, aku melihat terdapat 2, 3 pucuk surat yg berlainan tarikh. Aku mengmbil surat-surat tersebut. Aku terkilan seketika apabila melihat nama pengirim surat2 tersebut. Ianya dari Aiman, kawan rapat aku. kelihatan semua surat2 itu belum lagi di baca. setelah membaca surat2 dari Aiman itu, memberi aku jawapan yg Aiman sungguh inginkan Aisha. Maka, aku mengambil surat2 Aiman tersebut dan aku menggantikan kepada surat yg aku tulis.

satu hari, ketika aku tengh membersihkan makmal, dtg seorang perempuan yg aku x kenal, mengatakan bahawa ada seseorang ingin berjumpa denganku di kelas. Pada ketika itu, aku tidak berfikir apa2 dan hanya turuti arahan tersebut. setibanya di kelas, aku melihat Aisha sedang duduk di meja guru ditemani bersama beberapa org rakannya. Aisha dengan muka tersenyum bertanya untuk mendapat kepastian bhawa surat itu dari aku. seperti yg aku tulis, surat tu mmg tidak bernama dan skg Aisha meminta kepastian. Aku secara tiba2 berasa bersalah dgn teman rapatku, Aiman. Otakku bercelaru. xtau nak bagi jawapan apa..buat seketika aku berfikir...lantas tanpa membuang masa mulutku berkata scara spontan "Surat tu berdasarkan dari tulisan. Ianya dari Aiman"...argh!! dadaku berasa sakit tiap kali perkataan itu terngiang2 di benak fikiranku..

setelah mendengar kata2 aku itu, Aisha meluru merapati aku. Ia membisikkan sesuatu ke telinga aku "thanks syamsul kerana memberi jawapan. tp aku benar2 mengharapkan ianya dari kamu". setelah itu, Aisha bergerak meninggalkan kelas tersebut dgn muka yg agak kecewa. Bila aku sedari, hari itu adalah hari last aku berada di sekolah tersebut dan yang pastinya, aku tidak berpeluang lagi untuk mengembalikan Aisha ke pihak aku.

setelah 8 tahun berlalu, aku mendapat jemputan dari seorang teman lama ku. sebelum itu aku turut mendapat bermacam2 jemputan. tapi kali ini sngt memberi kesan. aku tidak mampu untuk menceritakan jemputan itu, dan yg pastinya, ia berbunyi "JEMPUTAN KE MAJLIS PERTUNANGAN AISHA BINTI MURSHID DAN AIMAN BIN AZMAN".

P/S: dalam hidup kita pasti kan melakukan perkara yg kita fikirkan kita sangat bodoh setelah melakukannya..kerana yg pasti, kita tidak sentiasa menang dalam kehidupan.

p/s:> ...aku adalah satu-satunya saksi cerita diatas..:)

Spread out Your Opinions

5 comments:

  1. tertarik dgn cerita ni, terus follow awk :)

    ReplyDelete
  2. hurmm...kan dah melepas...sepatutnyer kena berterus terang tentang perasaan kiter...

    ReplyDelete
  3. cerita yg sedih...aq paham 2..

    ReplyDelete
  4. gile panjang..
    mmg aku tak bace lahhh..
    mata aku tak nmpk sgt..
    hahahahaha..
    cinta jee pun..
    nnti kawin gak kn..hek3

    ReplyDelete

friends