Friday, January 14, 2011

Pak PAndir dan cita2 anaknya


satu hari, kampung Temau tempat pak pandir dengan mak pandir tinggal mengadakan kenduri besar-besaran sebagai tanda kesyukuran keatas anak ketua kampung, pak tam yang berjaya di terima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan akan berlepas ke Australia pada minggu hadapan.

setelah selesai mengadiri majlis tersebut, maka beransur baliklah pak pandir dan mak pandir ke rumah mereka yang tidak seberapa jauh dari rumah ketua kampung. Setelah sampai ke rumah mereka pun bersiap2 untuk tidur kerana malam pun sudah larut.

Sambil baring sebelum tidur maka berkatalah mak pandir kepada pak pandir "beruntung ye pak Ta tu kan bang, dapat anak pandai pulak tu...sejuk perut mak Tam mengandungkan si Jali tu"

"betul kata kamu tu mak oi...anak kita si Ali tu ntah nak jadi apa,,pegi skolah pun tak nak"

"Abang tak penah tanya ke pasal cita2 ngan si Ali tu ?"

"ntah mak nya oi..."

"kita sebagai ibubapa kena tau pasal ni bang, saya risau jugak pasal anak kita tu...ntah2 bila besar nanti ntah jadi apa dy tu" kata mak pandir sambil dahi nya berkerut tanda kerisauan.

"Abang rasa abang ada kenalan yang sangat tau pasal benda2 mcm ni...ingat lagi tak Tok Kali yang tinggal kat pinggir kampung tu?"

"Tok Kali yg slalu jadi imam tu ke?"

"A'ah..esok Abang akan pegi jumpa dy"

"saya harap la dy akan dapat bantu menguabah anak kita tu jadi lebih baik ye bang"

"Awak jgn risau la...esok jugak abang g jumpa.."

pada keesokan harinya, pak pandir pun pergi berjumpa dengan kenalan lamanya Tok Kali kat pinggir kampung untuk berbincang mengenai masalah cita2 anak nya ntah tak ketentuan.

*subuh hari sebelum Ali, anak pak pandir keluar nak pegi menoreh*
-pak pandir meletakkan duit kertas rm50, satu kitab Al quran dan sebotol arak di atas meja makan, tempat slalu makanan mak pandir letakkan bekal untuk Ali sebelum bertolak ke ladang getah.

menurut pak pandir, jika Ali mengambil rm50 maka, dy lebih sesuai menjadi Bisnessman. Jika Ali mengambil Al quran maka, Ali memang amat sesuai menjadi ustaz dan berguru dengan Tok Kali kat pinggir kampung dan jika Ali mengambil Botol arak nescaya anak mereka akan membuat kerja maksiat dan aniaya.

Sedang pak pandir menerangkan kepada mak pandir tentang barang tersebut, kedengaran bunyi pintu rumah berbunyi menunjukkan Ali telahpun bertolak untuk pergi menoreh.

Maka keluarlah pak pandir dam mak pandir dari bilik persembunyian mereka untuk melihat barang apa yang diambil oleh Ali samada arak, senaskah Al quran ataupun sehelai duit rm50.

Ketika pak pandir melihat tempat ia meletakkan barang tersebut, alangkah terkejut mereka kerana kesemua barang tersebut diambil oleh Ali.

"kalau begini apa maksudnya bang?"tanya mak pandir.

"Ntah la mak nya oi....nampaknya anak kita akan jadi ahli politik"

*cerita sekadar renungan malam...xtau nak tulis apa lg...:)

Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends