Monday, December 13, 2010

My story with Marie Curie

Kisah marie curie mengingatkan pada soalan pegawai kementerian sains dan teknologi kepada pelajar2 ketika lawatan Dato' SMS ke sabah ....ganjaran beg khas dari kementerian pelesenan tenaga atom menjadi taruhan pada ketika itu...

soalan bertanyakan tentang sejarah unit curie dalam mengira keradioaktifan...

Marie Curie adalah ahli kimia dan fizik Perancis kelahiran Poland. Ia mendapat kewarganegaraan Perancis melalui suaminya, Pierre Curie yg juga adalah seorang ahli kimia. Ia turut dikenali sebagai orang yang pertama menerima anugerah nobel dua kali dalam duabidang yang berbeza, fizik dan kimia. Penemuan bahan radioaktif, radium membuatkan Marie Curie terkenal dalam kalangan saintis2 dunia.

Marie Curie merupakan wanita pertama yang menerima anugerah noble dan juga wanita pertama menjadi professor di universitinya, University of Paris.

Walaupun berwarganegara Perancis tetapi Marie Curie tidak pernah luntur kebanggaanya sebagai warga Poland.

Elemen radium yang ditemuinya banyak memberi sumbangan dalam bidang medik dalam merawat penyakit kanser.

Marie Curie menemui ajalnya disebabkan element yang dijumpainya, radium dimana element tersebut menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya. Pada ketika itu, precaution dalam mengendalikan bahan2 radioaktif masih tidak dijalankan dengan sebaiknya.

sesetangah buku membicarakan bahawa, marie curie telah mengekstrak 8 tan tanah hanya untuk memperoleh 1 mg radium. Pada ketika itu, alat tangan digunakan untuk mengekstrak tanah tersebut.

*beg abg ak pakai pg memqancing... :P



Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends