Tuesday, August 10, 2010

MY VACATION : MATROUH PART 4 : MOUNTAIN OF THE DEAD






Pada hari ke 2 percutian, perjalanan rombongan seterusnya menuju ke Siwa, satu pekan yang terdapt di tengah2 gurun pasir libya tetapi masih dalam kawasan negara mesir. Kitorang sepatutnya bergerak pada pukul 7 pagi namun oleh kerana masalah ternikal, perjalanan ditunda pada pukul 9 pagi. Sebelum bergerak, kami sempat menyiapkan sarapan secepat mungkin sementara masa masih ada...pagi tu aku makan meggi campur ngan nasi yang dimasak semalam. Meskipun simple, tp tetap mengenyangkan perut yang manja ni.

perjalanan ke Siwa mengambil masa dalam 4 jam. perjalanan agak jauh dan perlu menempuhi padang pasir rata dan berbatu yang sangat luas serta panas. dalam 150 kilometer pertama, padang pasir yang rata dan dipenuhi dengan rumput2 gurun yang keras dan tahan suhu ekstrem dan pada 200 kilometer terakhir terdapat padang pasir berbatu dan bukit2 batu tajam seakan2 canyon. di kawasan ini tidak terdapat satu pokok pun dah klu lah kereta korang terhenti di sini disebabkan habis minyak pembakar @ rosak, maka parah la jawapan nya kerana tidak terdapat kampung yang berdekatan dan bantuan di sini. bantuan hanya terdapat pada jarak 100 kilometer dari matruh dan itu pun adalah hanya bantuan kecemasan ambulans yang pejabatnya hanya rumah batu kecil sahaja.





Dalam perjalanan ke Siwa ini, terdapat sekumpulan unta yang kitorang pun xtau siapa pemilik nya kerana unta2 ini merayau sesuka hari dorang ...anda boleh lihat background unta ni, padang pasir yang seluas mata memandang...kat tempat ni semestinya kena berhati2 klu memandu dan elakkan korang stuck dalam perjalanan kerana tiada sumber air kat sini dan kereta yang lalu lalang pun hanya sekerat dua je....

tym dah nak sampai kat Siwa ni, korang akan lihat ladang2 zaitun dahulu dan klu korang masuk lebih dalam lagi, barulah korang nampak pohon2 kurma yang tumbuh meluas...untuk pengetahuan korang...Siwa adalah tempat terkenal dimana terdapat banyak ladang2 dan kilang pembungkusan kurma untuk diedarkan serta jual di seluruh negara mesir....kurma yang paling terkenal yang dihasilkan disini adalah kurma coklat dah kurma badam....harganya murah berbanding jika dibeli di kairo kerana berada di kawasan pengeluaran....klu sesiapa yang belum pernah makan kurma badam ngan coklat, ni gambaran nya...bayangkan kurma, dibuang bijinya dan diisi dengan coklat @ badam....mcm tu la...boleh wat kat rumah...tp ntah kenapa org still beli gak yang dah siap kena bungkus...dah la mahal...ada org memberi alasan kerana kurma badam @ coklat yang dah siap dibungkus lebik enak dan sedap serta nyaman kata org brunei...:P


Ini adalah sign board Bukit Maut...nak masuk kena bayar 15 genih..lol...mahal gler...kat atas bukit ni mmg panas sangat2...pancaran matahari gurun yang direct ke muka korang...panas nya mencecah 45 darjah cecius ke atas...tym aku pegi suhu 44-46 C mcm tu....


ni adalah tinggalan bangunan zaman firaun dulu yang terdapat di hadapan bukit maut ni...aku amik sebelum naik atas bukit ni....bila lihat kat tinggalan bangunan ni seperti terdapat lorong2 tempat orang2 lalu yang dah lama..


pandangan serba sedikit kat atas bukit maut ni....nak naik sebaiknya pakai lah penutup kepala walaupun tetap bahang tu kena,,,tp not bad ar coz meskipun aku pakai topi, bahang nya tetap sampai ke seluruh pelusuk tubuh...mcm oven la katakan...klu ayam tu bungkus ngan foil sekali pun, klu d masukkan dalam oven, ayam dalam bungkusan foil tu tetap masak walaupun terlindung....



Gambar2 aku bersama lobang2 bekas cari gali arkeologi...lobang2 ni adalah kubur2 kuno yang dibina pada zaman kerajaan firaun memerintah satu ketika dahulu...lobang ni klu korang masuk, mmg besar mcm bilik dan terdapat beberapa lobang kecil untuk tempat mayat dikuburkan...


aku nak wat gaya ala2 indiana jones gtu...haha...nampak tak betapa banyak nya kawah kat blakang tu...smua tu adalah kubor...dan pasal tu la bukit ni di panggil jabal mauta @ bukit maut coz kubor penuh satu bukit ni...


ni adalah lobang kubor antara yang besar dan luas...boleh masuk ramai2 sekali...klu yang lain kena merangkak dulu baru dapat masuk....kubur2 kat cni dibuat simple....org korek lobang berbentuk kiub yang memanjang, pastu sumbat je mayat dalam and then timbus...and then jadi lah kubor...:P


ni adalah antara kubur2 yang sangat dijaga....kubur2 yang lain hanyalah kubur biasa tetapi kubur ni ada kelainan dan bukan sedikit tetapi banyak...:P
aku tak masuk kedalam kubur dalam gambar ni tetapi aku masuk kubur sebelah ni coz kubur yang dalam gambar ni penjaga dy ntah merayau ke mana.....kubur yang aku masuk tu lebih kurang lah ngan kubur yang ada dalam gambar ni....kubur ni adalah kubur kalangan keluarga firaun...dalam kubur ni terdapat batu terpahat serta tulisan berwarna yang menggambarkan tuhan mesir kuno, Amon-Re iaitu tuhan matahari yang terdapat di siling dan tulisan hierogrif lama yang terdapat di dinding yang aku tak paham maksudnya...seakan2 menunjukkan pemujaan coz ada gambar orang tunduk2 mcm tu.....:P....dan kitorang dilarang sama sekali menagmbil gambar kat kubur special ni coz menurut dorang tempat ni keras sket coz masih terdapat sisa2 sihir serta jin2 firaun yang masih hidup sampai skg dan sering melepak2 meghisap rokok kat tempat ni...ahaks...:P


Nampak tak...ini adalah tulang tangan, humerus yang kitorang nampak kat depan lubang salah satu kubur kat cni....klu nak tau sebanarnya banyak algi tulang2 yang mcm ni....dan ada tulang2 rusuk yang aku ngan member aku terpijak dah patah.....nasib baik xda orang nampak......:P


pemandangan bukit yang agak menarik kan....hasil hakisan angin dah cuaca maka terbentuklah bukit menarik yang menyimpan banyak rahsia didalamnya....


jalan nak memasuki kawasan bukit maut...klu korang perasan ada pondok kat bawah pokok kurma tu..kat situlah tempat membuat bayaran masuk....

contrast yang sangat tinggi dek pancaran matahari yang terik membakar...tym datang, baju aku elok je berbutang...bila dah sampai...smua butang terbukak dan di situ la penampilan dah jadi mcm treasure hunter..siap bawak stand kamera lagi,,hoho


lobang kubur tempat aku ngan member lepak lari dari panas matahari....nampak tak kat dinding lobang tu...ada dua lobang...sebenarnya kat dalam lobang besar ni ada 6 kubur...3 sebelah dan 3 lagi dinding sebelah kanan...tempat ni seakan2 membari gambaran orang mesir kuno dlu kubur mayat ramai2 sekaligus.....


ni gambaran yang lebih jelas pasal lobang yang diterangkan kat atas....tempat yang aku duduk tu adalah kubur......:)









Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends