Sunday, August 29, 2010

KOPI LUWAK : KOPI TERMAHAL DI DUNIA




LATAR BELAKANG

Kopi luwak adalah kopi yang dihasilkan melalui saluran pencernaan luwak atau pun dikenali sebagai musang kelapa. Kopi ini melalui proses dimana, musang luwak ini akan memakan buah kopi terpilih dan betul2 dewasa lalu kulit kopi yang lembut akan dicerna didalam saluruan pencernaan luwak. Setelah itu, musang ini akan mengeluarkan najis yang terdiri daripada biji kopi keras tanpa kulit lalu dijemur dibawah sinaran cahaya matahari. Untuk kata lain nya kopi luwak adalah dihasilkan dari najis musang kelapa ini…hehe…

SAINTIFIK

Menurut Massimi marcone, saintis daripada Guelph university, Ontario Kanada, cairan cerna luwak ini membawa enzim proteolytic yang mana menguraikan protein kopi,lalu menghasilkan peptida2 yang lebih pendek serta lebih bebas dari asid amino. Menurut Marcone, perasa kopi lebih bergantung daripada kandungan proteinnya dimana menberi kesan pada rasa dan aroma kopi luwak itu sendiri. Menurutnya lagi, perubahan pada biji kopi di dalam saluran cerna musang luwak memberi kesan rasa kopi tersebut menjadi kurang pahit dan di sukai ramai.

KESELAMATAN

Menurut kajian marcone, beliau tidak dapat mengyakinkan bahawa kopi luwak ini benar2 selamat kerana kendungan organism berbahaya berasal dari salur cerna luwak masih wujud pada biji2 kopi tersebut namun menurut beliau,lagi, dengan membakar kopi tersebut dalam suhu yang tinggi dan membasuhnya menjadkannya lebih selamat untuk dijadikan minuman.

PASARAN

Untuk pengetahuan semua, kopi luwak adalah kopi yang paling mahal didunia dimana harganya boleh mencecah sehinggga USD 100 untuk 450 gram kerana rasa dan cara pembuatannya yang unik serta aroma yang dihasilkannya sangat2 mengugat hati para penggemar kopi…

Mahal bukan….beratus kali ganda lagi mahal daripada Alicafe kegemaran orang dewasa …kopi ini banyak dihasilkan di kawasan Sumatra, jawa dan bali. Menurut sumber kopi sebegini turut dihasilkan di Filipina yang dikenali sebagai kape alamid dalam bahasa tagalognya dan di Timor Leste yang dikenali sebagai kafe Laku.

Penghasilan kopi yang turun temurun ini sememangnya unik semenjak dari zaman pemerintahan Hindia Belanda lagi…Sedap atau tidak, sy sendiri tidak tahu..nampak gayanya amat special sekali….mcm nak rasa tp…ia tetap najis binatang…cuba lah..hehe

PROSES2 :-















Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends