Tuesday, June 29, 2010

WARKAH BUAT KEKASIHKU..

Aku duduk termenung melihatkan langit yang membiru bagaikan memberitahu aku sesuatu...sememangnya aku ada mengharapkan sesutau di sebalik langit membiru itu....sudah lama aku menantinya namun tidak juga menemuinya....dy hanya muncul sekali dua pada musim sejuk dan langsung meninggalkanku apabila musim bahang menjelma...


hampir genap setahun aku meninggalkan tanah air ku....segala yang aku miliki aku tinggalkan d sana termasuklah dirimu yang sentiasa menemaniku semenjak dari kecilku hingga lah aku mulai membesar dan menkaji pasal dirimu...kau lansung melupakan daku semenjak aku ke sini...aku lansung tak nampak kelibatmu semenjak aku telah menamatkan pengajian tahun pertama aku di sini....sebenarnya kemana kau menghilang???





kau sering hadir pada setiap jalan hidupku

siang malam bukan lah persolannnya kerana aku sentiasa menunggumu tidak kira siang subuh mahupun malam gelita semasa kebanyakan orang melayan mimpi mereka namun kau tidak muncul jua...atau kau tidak bisa muncul di tempat baru ku yang mungkin mampu menyebabkan penyakitmu semakin parah yang mungkin bisa menyebabkan kamu hilang lenyap dari pandangan ku......mungkin juga tuhan telah mentakdirkan aku berpisah dengan mu dalam masa yang mampu membuatku gila dan sering dalam kesedihan mengingatkanmu...




kau sering menemaniku saat ku keseorangan


aku masih teringat sewaktu kau menemaniku semasa aku masih tingkatan satu....sememangnya aku tidak punya ramai kawan kerana aku memang memilih jalan tersebut...dengan ihsan dari tuhan, Dia mengirimkan kamu dari langit untuk menemaniku...aku melihatmu bagaikan malaikat yang turun dan sering membelai hatiku yang duka lara dengan sayap putihmu....


kau selalu memberiku ilham ketika aku mencarinya...kau sering kali memberiku semangat dan kekuatan untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran dan onak duri....


ketika aku tertawa ko selalu brsamaku...ketika adu dalam kesakitan kau sering membisikkan kedalam hatiku bahawa ianya tidak sakit...hatiku terhibur kena wujud nya ciptaan tuhan sepertimu di dunia ini yang sering menghiburkan dan membelai perasaanku...




kau menemaniku saat ku kesunyian


aku teringat saat pertama kali nya aku suka pada seseorang...mmg tym itu hanyalah mainan bagi ku kerana bagiku mustahil untuk aku jatuh hati pada nya kerana dy bukanlah pilihan hati telus ku...hanya sekadar bermain...namun dengan kuasa tuhan...hatiku terdetik untuk suka pada nya...aku tahu kau juga tahu aku suka pada nya...namun kau masih menemaniku seperti biasa dan lansung tidak sakit hati sedikitpun...kehadiranmu melahirkan suasana yang sangat romantik dan penuh perasaan yang turut membantuku meluahkan perasaan yang terbuku di sanubariku...

aku berusaha membuang perasaan tersebut namun tak berjaya...hati terseksa oleh kerana diri aku sendiri....saat aku memerlukan seseorang..saat itu....dirimu muncul untuk memberikan harapan padaku...saat itu aku berjanji tidak akan melupakan mu dan akan sentiasa menanti mu...

namun penantian tidak menjanjikan kita akan berjumpa....hanya Allah sahaja yang bisa menemukanmu denganku....aku berharap bahawa kamu juga menantiku sebagaimana aku menantimu di sini...insyallah purnama yang sama pada tahun hadapan...aku akan balik dan mencarimu seadanya dan menyambung cerita kita yang tak kunjung habis dek angin malam yang bertiup lembut membelai kita berdua....sekarang baru aku mengerti cintamu pada ku...aku akan mencintaimu sepenuh ragaku...aku tak bisa melawatmu kemakammu namun kau mampu melewatiku ke kamarku mahupun di mana2 aku berada....mungkin tuhan memang menjadikanmu di tempat tinggi tersebut supaya kau aman bersemanyam bersamaNya dengan tenang tanpa diganggu masalah yang timbul dari ku.....mungkin juga kita adalah berbeza dan tidak mungkin bersama selama-lamanya kerana kamu adalah Hujan dan aku hanayalah Manusia yang jelek dimata...tidak mungkin aku mencintai makhluk yang memandang jelek padaku....aku harapkan apabila pemergianku ke sisi tuhan satu hari nanti, aku inginkan mu mengiringiku sepanjang perjalananku ke sisi Nya.....Amin..:)

kau adalah Hujan...

Spread out Your Opinions

5 comments:

  1. ....................... pergh

    anyway sorry tk comment post y aku ckp nk post, ttbe hilang mood plak, tkleh tulis wktu mood tkde nnt ntah ape la merepek hehe :D anyway cuba dengar band LAST ALLIANCE, indie jrock, lagu jouka, spiral world, I.O.J.F.K, shissou, best! :) band UVERworld, NICO touches the walls, 9mm parabellum bullet, pn best! hehe tk pasal promote jrock plak. plg classic - L~arc~en~ciel dgn Hyde la kn! :)

    ReplyDelete
  2. tp serious, post kau mmg ...... FWAH. haha.

    ReplyDelete
  3. and oh, cngrats results superb =)

    ReplyDelete

friends