Saturday, June 5, 2010

Apa itu G8??


G8 (Kumpulan Lapan) adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: AmerikaSyarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis,Russia, dan United Kingdom. Bersama-sama, negara-negara ini merupakan lebih kurang 65% daripada ekonomi dunia. [2] G8 mengadakanpersidangan kemuncak politik antara ketua-ketua negara dengan pegawai-pegawai antarabangsa setiap dua tahun, selain persidangan-persidangan subsidiari dan penyelidikan dasar.

Jawatan presiden G8 mengikut giliran setiap tahun. Bagi tahun 2007, jawatan ini dipegang oleh Jerman, dan sebuah persidangan kemuncak diadakan di Heiligendamm dari 6 Jun ke 8 Jun. Presiden Suruhanjaya Eropah juga menghadiri persidangan kemuncak G8.

Latar dan sejarah

Negara-negara G8 berpunca daripada krisis minyak 1973 dan kemelesetan sejagat yang kemudian. Masalah-masalah ini menyebabkan Amerika Syarikat membentuk Kumpulan Perpustakaan, sebuah kumpulan pegawai kewangan kanan dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun, untuk membincangkan persoalan-persoalan ekonomi.

Pada tahun 1975, Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis, menjemput ketua-ketua negara dari enam buah negara demokrasi perindustrian ke sebuah persidangan kemuncak di Rambouillet dan mencadangkan mesyuarat-mesyuarat yang tetap. Penyerta-penyertanya bersetuju dengan sebuah mesyuarat tahunan yang diadakan di bawah sistem kepresidenan mengikut giliran dan dengan itu, membentuk apa yang digelarKumpulan Enam (G6) yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman Barat, Perancis, dan United Kingdom. Pada persidangan kemuncak tahunan yang kedua di Puerto Rico, kumpulan ini menjadi Kumpulan Tujuh (G7) apabila Kanada mengambil bahagian atas permintaan Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat, pada tahun 1976. Kesatuan Eropah telah menghadiri mesyuarat-mesyuaratnya sejak ia dijemput buat pertama kali oleh United Kingdom pada tahun 1977.

Spread out Your Opinions

No comments:

Post a Comment

friends